Saturday, December 12, 2009

Aku Bukan Aku

Hari dah lewat malam. Tapi mata aku masih tak nak lelap. Mungkin sebab terlalu lama tidur siang atau pun memang malas nak tidur. Lagipun memang dah lama tak updates blog ni. Hampir terlupa password bila log in. Tapi itu bukan ceritanya. 'Aku bukan Aku'...itulah entry kali ni. Bunyi macam menarik tapi kita lihat dulu apa yang nak dicoretkan. Begini ceritanya; Tak lama lagi aku akan terbang jauh ke satu tempat yang belum pernah aku lawati dan hanya dengar namanya sahaja. Perasaan aku bercampur baur dan sukar digambarkan. Adakah aku hanya berserah pada masa yang yang menentukan atau aku berusaha kearah itu. Nah!, peluang dah ada depan mata. Teruskan!...malah setiap anak tangga aku telah langkah dengan bijaksana dan berhati-hati walaupun adakalanya tersalah langkah tapi aku terus berwaspada...
Aku akan tinggalkan Malaysia...itulah kebenarannya. Tapi adakah aku mampu nak teruskan ini semua tanpa sokongan orang tersayang....aku bukan keseorangan malah berdua. Ya, memang berdua lebih baik tapi perlu dingatkan dalam diri cabarannya adalah dua kali ganda juga. Aku telah kukuhkan Jati diri aku. Semangant Nasionalis dan Patriotik mengalir deras dalam tubuh. Tapi adakah ini semua hanya sementara sedangkan hampir terlupa seketika bila mana perdebatan Hak Keistimewaan Orang Melayu diperjelaskan kepada rakan sepejabat. Ianya OK... Hari-hari yang aku lalui seperti tiada arah tuju yang jelas. Mereka memerhati dan menganggap aku tak perlu jalankan tugas seperti biasa. Kuasa aku telah disekat. Aku sekadar kaktus berduri yang hanya boleh diperhatikan sahaja dan tidak boleh disentuh hanya kerana pransangka yang tangan akan tersusuk duri. Itu tidak dibenar...Aku adalah Aku dan berhak menjalankan tugas seperti sebelum ini. Tapi ini semua tidak berlaku sekarang. Suasana ruang bekerja tidak sehebat dulu....aku sepi tanpa urusan yang sibuk dan mencabar pemikiran aku....
Sekarang aku menetap sementara dirumah keluarga kesayangan aku. Realitinya adalah aku tak ada tempat tinggal. Suasana rumah yang aku impikan hilang sekelip mata dan hanya jadi ingatan yang tak akan dilupakan. Itulah pengorbanan besar yang baru sahaja dilakukan...Malah, selepas ini kereta kesayangan aku akan menerima nasib serupa......
Ya Allah, berkatkanlah segala usaha aku selama ini dan jangan dijadikan aku alpha dan lupa diri sebab AKU ADALAH AKU dan bukannya AKU BUKAN AKU..

Thursday, February 5, 2009

KERJA

Macam-macam yang aku rasa sekarang ni. Tapi yang pentingnya rasa letih otak dan panas hati sebab fikir dan terus fikir...

Aku rasa semua orang tak adil...Kenapa aku saja yang dibebani dengan KERJA dan KERJA...

Friday, January 30, 2009

HARAPAN

Tanggal 29 Januari lalu Isteri aku baru saje jalani procedure D&C dengan Dato' Dr. Hamid Arsyad....kesian. Tapi itulah antara usaha kami yang tak pernah putus walaupun orang luar hanya berkata dan terus berkata-kata tanpa tahu apa-apa. Kali ini aku terus nekad dan nekad...Mungkin ini adalah ikhtiar terakhir kita.....itu yang tepacul dari mulut aku....

Thursday, January 15, 2009

LAGAK EKSEKUTIF

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut. Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;
" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat. Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian...
Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Thursday, January 8, 2009

Alhamdulillah Semua OK

Salam. Hari ini 8 Januari 2009, bapa mentua selamat menjalani operasi pintasan jantung (heart bypass surgery) di Hospital Pakar Ampang Putri. Alhamdulillah semuanya OK. Dia yang genap 57 tahun pada 1 Januari lalu memang seorang yang tabah, berani dan cekal dalam menghadapi operasi pembedahan selama lebih 5 jam.....Syukur semua selamat dan harap cepat recover!..

Thursday, January 1, 2009

Salam Maal Hijrah & Happy New Year 2009

Salam Maal Hijrah 1430 Hijrah & Happy New Year 2009. Many thanks for all support.

Wednesday, December 31, 2008

Travelogue: Hong Kong & Shenzhen, China













Minggu terakhir bulan disember @ tahun 2008 saya berkesempatan bercuti ke Hong Kong dan Shenzhen, China.Apa yang ingin dikongsi adalah pengalaman beberapa hari berada di negara komunis ini memberi gambaran yang berharga untuk kita jadikan pedoman walaupun masyarakatnya tak asing bagi kita (alah orang cina kan dah selalu jumpa).Tapi saya suka tinjau pembangunannya....

Hari Pertama, 18 Disember 2008- SHENZHEN - HONG KONG


Penerbangan dari Kuala Lumpur - Shenzhen tepat jam 5.00 petang.Perjalanan mengambil masa 3 jam 45 minit ke International Airport Shenzhen. Tiba pada pukul 8.45 malam. Dari kapal terbang kami dibawa ke terminal menaiki shuttle. Semasa berjalan turun dari kapal terbang ke shuttle terasa cuacanya yang sejuk dan rupanya 5 darjah celcius... menggigil jugaklah. Dari airport Shenzhen, kami di bawa menaiki bas menuju ke Kowloon, Hong Kong(main land). Perjalanan 3 jam dan melepasi 2 kaunter imigresen iaitu China dan Hong Kong. Kawalan keselamatanya memang ketat lagi-lagi warga asing. Kami tiba di hotel Regal Oriental, Kowloon Hong Kong pada pukul 12.15 pagi...aaaa letih..


International Shenzhen Airport






Regal Oriental hotel, Kowloon Hong Kong





bilik penginapan kami :Arabic Suite, Tingkat 13








Hari Kedua, 19 Disember 2008
- HONG KONG
Pagi yang dingin..itu yang boleh saya katakan. Suasana yang tenang di kawasan ini sesuai bagi pasangan yang baru berkahwin...alamak kami pun macam pengantin baru jugak..saya tak bersarapan di hotel maklumlah rasa was-was masih ada jadi sarapan roti dan tuna yang dibekalkan. Hari ini kami akan ke Disneyland, Hong Kong.Sebelum ke sana terpaksalah cari makanan halal untuk alas perut sebab bila disana tak dibenarkan outside food jadi kenalah makan kenyang-kenyang sebelum bertolak. Harga makanan HK$380...mahalnya..tapi dah tak ada pilihan makanan halal memang mahal jadi terpaksalah...kami cuma order nasi goreng dan mee goreng. + daging....semua urusniaga dalam Hong Kong Dollar.






Bandar Kowloon, Hong Kong






Kami tiba di Disneyland pada pukul
1.00 petang dengan menaiki bas.Tiket masuk Disneyland HK$350 (RM220) untuk seorang. Mahalnya...mungkin peak season nak krismas...tapi kalau nak ke Tokyo atau Los Angelas mana mampu jadi yang paling dekat dengan Malaysia adalah Hong Kong!. Satu hari suntuk kami disini...Fantasyland, Tomorrowland, Adventureland dan Main Street USA semua kami cover...Fuh letih sampai pukul 9 malam sebab ada pertunjukkan bunga api...memang class! berbaloilah ke sana..Persembahan yang paling memakau adalah LION KING SHOW!













































Hari Ketiga, 20 Disember 2008 - H
ONG KONG - SHENZHEN
Selepas sarapan pagi kami melawat sekitar bandar Hong Kong (Island) iaitu di Golden Bauhinia Square, Repulse Bay, Aberdeen Fishing Village, Avenue of Stars selain tempat shooping@cuci mata di Jewellery Factory dan Chinese Herbs. Barangan di Hong Kong memang mahal tapi adalah sedikit ole-ole yang dibeli untuk dijadikan kenangan. Walaupun nilai ringgit lebih tinggi, tapi disebabkan kos hidup di Hong Kong yang tinggi menyebabkan semua harga barangan melambung. Sebab itulah masyarakat di sana dengan gaya hidup moden tidak memiliki anak. Hanya yang ada adalah anjing @ pet yang dipelihara seperti bayi sendiri. Sekarang polisi kerajaan di Hong Kong memberi subsidi kepada mereka yang memiliki anak seramai mungkin. Tapi memang betul daripada pemerhatian saya, memang susah nak lihat kanak-kanak di Hong Kong selain tourist yang datang. Selain itu, apa yang menarik minat saya adalah bangunan yang tumbuh mencakar langit begitu pesat sekali..sistem pengangkutan awam yang bersepadu dan sistematik, kawasan lapang berfungsi dengan baik, laluan pejalan kaki yang lebar dan connectivity dengan semua tempat.... (Malaysia boleh jadikan contoh perkara ini).




















































































Pukul 4 petang, kami mula bertolak ke Shenzhen, China.Kenangan di Hong Kong selama 2 hari saya tinggalkan dengan memori indah dan dapat dijadikan pedoman terutamanya pada kami di dalam menambah pengalaman dalam pembangunan bandarnya. Saya tiba di Hotel Holiday Inn Express, Shenzhen pada pukul 9.15 malam setelah menikmati hidangan muslim yang sungguh sedap (mungkin rindukan masakan Malaysia). Sampai sekarang terasa sedapnya kambing panggang...yam..yam.

Hari Keempat, 21 Disember 2008
-SHENZHEN

Sejuk dinihari sampai ke tulang...kaki terasa berat melangkah ke tandas bagi mengambil wuduk Subuh...arh letihnya....Selepas sarapan pagi, kami menyertai rombongan melawat sekitar bandar Shenzhen dan melawat Mineral Shop dan Jade Shop, Handicraft dan Silk Shop. Walaupun usia Shenzhen hanya 28 tahun tetapi pembangunanya menyamai Kuala Lumpur. Sejak China mengamalkan ekonomi terbuka pelabur asing terus melabur ke sini dengan gedung-gedung jenama mewah, hotel dan bangunan yang moden dan tinggi. Kalau dulu, Shenzhen hanyalah kawasan pertanian dan jika dibandingkan dengan Hong Kong jauh bezanya. Tapi sekarang Shenzhen terus bersaing dengan Hong Kong.

Selepas melawat sekitar bandar Shenzhen, kami dibawa ke Spendid China dan China Folk Cultural dan tiba pada pukul 3 petang. Ia merupakan perkampungan yang terkenal dengan persembahan budayanya. Menggabungkan kesemua budaya masyarakat China memang menakjubkan. Persembahan bermula pada pukul 7.30 malam. Sebelum itu, disusuli dengan persembahan yang tidak kurang hebatnya disebelah petang. Datanglah sendiri untuk saksikannya!























































Hari Kelima, 22 Disember 2008
- SHENZHEN

Yeh..yeh Shooping time....Setelah lima, hari ini memang diperuntukkan untuk membeli belah..Selepas sarapan pagi kami menuju ke Gedung Louhou iaitu shoopong complex yang menjual barangan imitation (tiruan) yang cukup terkenal disini. Barangan disini memang dasyat daripada barangan hand beg, elektronik seperti HP sehinggakan kain semuanya dijual dengan harga murah. Tetapi kena pandai tawar menawar. Semua urusniaga dalam Yuan (Reminbi)..Sempatlah aku beli beg yang bernilai Y$1000 (agak-agak berapa duit Malaysia?) tetapi memang berbaloi dari segi kualiti dan jenamanya...2 jam disini memang tak cukup. Lagipun urusniaga dibuat hanya merujuk pada buku catalog sebab tak semua barang ada di display diruangan kedai yang terhad.

Selepas makan tengahari, kami pergi pula ke Ti moun iaitu kawasan perkedaian kaki lima yang menjual bermacam barangan kulit dan tiruan dengan harga yang murah tetapi mesti kena tawar menawar. Kalau tidak rugi duit...Tetapi awas kepada passport yang dibawa dan duit kerana ramai pick pocket...

Jam hampir pukul 5.15petang. Jadi saya mula bertolak ke Lapangan Terbang Shenzhen. Penerbangan ke Malaysia pada pukul 9.20 malam. Selamat tinggal China.....tiba di Kuala Lumpur pada pukul 1.50 pagi.







Holiday Inn Express, Shenzhen