Wednesday, December 31, 2008

Travelogue: Hong Kong & Shenzhen, China













Minggu terakhir bulan disember @ tahun 2008 saya berkesempatan bercuti ke Hong Kong dan Shenzhen, China.Apa yang ingin dikongsi adalah pengalaman beberapa hari berada di negara komunis ini memberi gambaran yang berharga untuk kita jadikan pedoman walaupun masyarakatnya tak asing bagi kita (alah orang cina kan dah selalu jumpa).Tapi saya suka tinjau pembangunannya....

Hari Pertama, 18 Disember 2008- SHENZHEN - HONG KONG


Penerbangan dari Kuala Lumpur - Shenzhen tepat jam 5.00 petang.Perjalanan mengambil masa 3 jam 45 minit ke International Airport Shenzhen. Tiba pada pukul 8.45 malam. Dari kapal terbang kami dibawa ke terminal menaiki shuttle. Semasa berjalan turun dari kapal terbang ke shuttle terasa cuacanya yang sejuk dan rupanya 5 darjah celcius... menggigil jugaklah. Dari airport Shenzhen, kami di bawa menaiki bas menuju ke Kowloon, Hong Kong(main land). Perjalanan 3 jam dan melepasi 2 kaunter imigresen iaitu China dan Hong Kong. Kawalan keselamatanya memang ketat lagi-lagi warga asing. Kami tiba di hotel Regal Oriental, Kowloon Hong Kong pada pukul 12.15 pagi...aaaa letih..


International Shenzhen Airport






Regal Oriental hotel, Kowloon Hong Kong





bilik penginapan kami :Arabic Suite, Tingkat 13








Hari Kedua, 19 Disember 2008
- HONG KONG
Pagi yang dingin..itu yang boleh saya katakan. Suasana yang tenang di kawasan ini sesuai bagi pasangan yang baru berkahwin...alamak kami pun macam pengantin baru jugak..saya tak bersarapan di hotel maklumlah rasa was-was masih ada jadi sarapan roti dan tuna yang dibekalkan. Hari ini kami akan ke Disneyland, Hong Kong.Sebelum ke sana terpaksalah cari makanan halal untuk alas perut sebab bila disana tak dibenarkan outside food jadi kenalah makan kenyang-kenyang sebelum bertolak. Harga makanan HK$380...mahalnya..tapi dah tak ada pilihan makanan halal memang mahal jadi terpaksalah...kami cuma order nasi goreng dan mee goreng. + daging....semua urusniaga dalam Hong Kong Dollar.






Bandar Kowloon, Hong Kong






Kami tiba di Disneyland pada pukul
1.00 petang dengan menaiki bas.Tiket masuk Disneyland HK$350 (RM220) untuk seorang. Mahalnya...mungkin peak season nak krismas...tapi kalau nak ke Tokyo atau Los Angelas mana mampu jadi yang paling dekat dengan Malaysia adalah Hong Kong!. Satu hari suntuk kami disini...Fantasyland, Tomorrowland, Adventureland dan Main Street USA semua kami cover...Fuh letih sampai pukul 9 malam sebab ada pertunjukkan bunga api...memang class! berbaloilah ke sana..Persembahan yang paling memakau adalah LION KING SHOW!













































Hari Ketiga, 20 Disember 2008 - H
ONG KONG - SHENZHEN
Selepas sarapan pagi kami melawat sekitar bandar Hong Kong (Island) iaitu di Golden Bauhinia Square, Repulse Bay, Aberdeen Fishing Village, Avenue of Stars selain tempat shooping@cuci mata di Jewellery Factory dan Chinese Herbs. Barangan di Hong Kong memang mahal tapi adalah sedikit ole-ole yang dibeli untuk dijadikan kenangan. Walaupun nilai ringgit lebih tinggi, tapi disebabkan kos hidup di Hong Kong yang tinggi menyebabkan semua harga barangan melambung. Sebab itulah masyarakat di sana dengan gaya hidup moden tidak memiliki anak. Hanya yang ada adalah anjing @ pet yang dipelihara seperti bayi sendiri. Sekarang polisi kerajaan di Hong Kong memberi subsidi kepada mereka yang memiliki anak seramai mungkin. Tapi memang betul daripada pemerhatian saya, memang susah nak lihat kanak-kanak di Hong Kong selain tourist yang datang. Selain itu, apa yang menarik minat saya adalah bangunan yang tumbuh mencakar langit begitu pesat sekali..sistem pengangkutan awam yang bersepadu dan sistematik, kawasan lapang berfungsi dengan baik, laluan pejalan kaki yang lebar dan connectivity dengan semua tempat.... (Malaysia boleh jadikan contoh perkara ini).




















































































Pukul 4 petang, kami mula bertolak ke Shenzhen, China.Kenangan di Hong Kong selama 2 hari saya tinggalkan dengan memori indah dan dapat dijadikan pedoman terutamanya pada kami di dalam menambah pengalaman dalam pembangunan bandarnya. Saya tiba di Hotel Holiday Inn Express, Shenzhen pada pukul 9.15 malam setelah menikmati hidangan muslim yang sungguh sedap (mungkin rindukan masakan Malaysia). Sampai sekarang terasa sedapnya kambing panggang...yam..yam.

Hari Keempat, 21 Disember 2008
-SHENZHEN

Sejuk dinihari sampai ke tulang...kaki terasa berat melangkah ke tandas bagi mengambil wuduk Subuh...arh letihnya....Selepas sarapan pagi, kami menyertai rombongan melawat sekitar bandar Shenzhen dan melawat Mineral Shop dan Jade Shop, Handicraft dan Silk Shop. Walaupun usia Shenzhen hanya 28 tahun tetapi pembangunanya menyamai Kuala Lumpur. Sejak China mengamalkan ekonomi terbuka pelabur asing terus melabur ke sini dengan gedung-gedung jenama mewah, hotel dan bangunan yang moden dan tinggi. Kalau dulu, Shenzhen hanyalah kawasan pertanian dan jika dibandingkan dengan Hong Kong jauh bezanya. Tapi sekarang Shenzhen terus bersaing dengan Hong Kong.

Selepas melawat sekitar bandar Shenzhen, kami dibawa ke Spendid China dan China Folk Cultural dan tiba pada pukul 3 petang. Ia merupakan perkampungan yang terkenal dengan persembahan budayanya. Menggabungkan kesemua budaya masyarakat China memang menakjubkan. Persembahan bermula pada pukul 7.30 malam. Sebelum itu, disusuli dengan persembahan yang tidak kurang hebatnya disebelah petang. Datanglah sendiri untuk saksikannya!























































Hari Kelima, 22 Disember 2008
- SHENZHEN

Yeh..yeh Shooping time....Setelah lima, hari ini memang diperuntukkan untuk membeli belah..Selepas sarapan pagi kami menuju ke Gedung Louhou iaitu shoopong complex yang menjual barangan imitation (tiruan) yang cukup terkenal disini. Barangan disini memang dasyat daripada barangan hand beg, elektronik seperti HP sehinggakan kain semuanya dijual dengan harga murah. Tetapi kena pandai tawar menawar. Semua urusniaga dalam Yuan (Reminbi)..Sempatlah aku beli beg yang bernilai Y$1000 (agak-agak berapa duit Malaysia?) tetapi memang berbaloi dari segi kualiti dan jenamanya...2 jam disini memang tak cukup. Lagipun urusniaga dibuat hanya merujuk pada buku catalog sebab tak semua barang ada di display diruangan kedai yang terhad.

Selepas makan tengahari, kami pergi pula ke Ti moun iaitu kawasan perkedaian kaki lima yang menjual bermacam barangan kulit dan tiruan dengan harga yang murah tetapi mesti kena tawar menawar. Kalau tidak rugi duit...Tetapi awas kepada passport yang dibawa dan duit kerana ramai pick pocket...

Jam hampir pukul 5.15petang. Jadi saya mula bertolak ke Lapangan Terbang Shenzhen. Penerbangan ke Malaysia pada pukul 9.20 malam. Selamat tinggal China.....tiba di Kuala Lumpur pada pukul 1.50 pagi.







Holiday Inn Express, Shenzhen

Monday, December 8, 2008

Korban vs Pengorbanan

Baru semalam semua umat islam meraikan hari raya aidiladha ataupun raya korban.Alhamdulillah tahun ini dapat juga hajat aku untuk buat korban 1 bahagian buat arwah emak yang sudah meninggal dunia lebih 6 tahun lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT.AMIN.
Buat umat islam lain, kita masih ada masa lagi untuk buat ibadah korban pada 3 hari terakhir ini 11, 12 & 13 Zulhijjah...Apa yang ingin diceritakan disini, semalam di surat khabar utama macam-macam cerita berkaitan korban disiarkan. Aku pun tak faham. Kenapa Hari Raya Korban mesti dikaitkan dengan pengorbanan suami, isteri, polis, tentera waima pengorbanan artis turut disentuh. Mungkin 'KORBAN' yang dimaksudkan membawa sudut yang berbeza-beza. Adakah ia sekadar coretan yang ingin lari dari penceritaan yang sebenar di sebalik ibadah Korban itu? Pada aku, bagi mereka yang tidak mendalami hal ini akan mudah membuat tanggapan atau sebutan mainan seperti 'Aah aku mengambil kesempatan sempena aidiladha untuk berkorban dengan memakai tudung' ataupun menyiarkan cerita pengorbanan suami menjaga isteri ataupun sebaliknya. Pada aku pengorbanan yang dimaksudkan itu sememangnya satu tuntutan dan tanggungjawab yang mesti dilakukan dan tak perlu dikaitan dengan Ibadah Korban pada 10-13 zulhijjah ini. Hal ini akan mengikis minda anak-anak yang tidak mendalami ilmu agama secara langsung dan hikmah sebenar disebalik ibadat korban akan hilang disebabkan fahaman yang salah dan pemikiran moden.
Bagi aku, Hari Raya Korban adalah menjurus kepada hanya ibadah korban. Iaitu upacara penyembelihan binatang an'am (berkaki empat;Unta,Lembu, Kerbau,Kambing, Kibas, Biri2) yang mempunya hikmah dan nikmatnya yang tersendiri terutama dalam kita bersedekah dan menanamkan perasaan kasih sayang antara si kaya dengan si miskin. Walau pun hukum korban ini adalah sunnat muakkat tetapi bagi mereka yang mampu adalah digalakkan. Hadith rasullah SAW; 'Sesiapa yang mempunyai kelapangan, tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami'.
Memang benar, hikmah disebalik berkorban ini adalah sempena memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyahut perintah Allah SWT untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam. Dari peristiwa itu, ianya telah meninggalkan kesan sejarah buat kita semua untuk turut taat kepada yang maha Esa tanpa ada perasaan curiga,takut, tidak percaya, tidak kedekut dan sebagainya. Jadi marilah kita sama-sama renungkan untuk kebaikan generasi akan datang. Insya Allah..

Sunday, December 7, 2008

Salam Aidiladha

Dikesempatan ini Saya dan Isteri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga Ibadah korban dapat dijalankan dengan sempurna buat semua umat islam dan kepada semua jemaah haji Malaysia semoga mendapat haji mabrur serta selamat pulang ke tanahair..

Sarawak







Minggu lepas saya berkesempatan ke Kuching, Sarawak atas urusan rasmi. 5 hari di sana terasa begitu lama. Mungkin teringatkan orang tersayang di Semenanjung...Ehem..Selepas penat otak bermeeting kami dibawa lawatan ke sekitar bandar Kuching.Memang menarik...sebabnya susah betul nak kenal suku kaum bangsa yang kita jumpa di bandar ni. Sama ada mereka itu kaum Iban, Bidayuh, Melanau, Penan, Cina waima Melayu...Sebab features mereka hampir sama...putih dan bermata sepet (mungkin tak semua kot).
Kalau berkunjung ke Sarawak, jangan lupa ke Pasar Satok, Muzium Kuching, Bazaar Waterfront dan Kampung Budaya itu antara tempat yang menarik. Tapi dari segi makanan pula boleh try Mee Kolok, Mee Sapi, Laksa Sarawak, Nasi Ayam Penyek, Kek Lapis, Tabaloi ataupun Gambir Sarawak (Confuse ini kategori makanan ke?). Cenderahati pula bolehlah bawa pulang kain pua, t-shirt, tikar sarawak dan macam-macam lagi...
Jom pi Sarawak...

Wednesday, December 3, 2008

Hidup Sebelum Mati

Minggu yang paling meletihkan.....entahlah aku rasa tak ada ruang langsung untuk berlapang....masa itu emas.
Aktiviti yang tak dirancang selalunya muncul tanpa aku undang. Gitulah hidup kalau nak syer ruang hidup yang sibuk ini memang orang tak percaya. Tapi itulah realitinya. Realiti yang hari-hari aku tempoh dan perlu dibayar dengan harga sedetik masa....
Misalnya hujung minggu lepas penuh dengan program keluarga. Bukan merungut tapi cuba luahkan rasa penat lelah ini........Aku bergegas ke Kuala Lipis atas urusan yang amat dasyat dan mengejutkan....urusan kematian. Sepupu isteri aku dijumpai mati di ladang getah tinggal di Merapoh, Kuala Lipis Pahang. Dasyat....anggara siapa itu semua. "Mayat reput dijumpai" itulah antara coretan berita yang disiarkan dihampir semua akhbar utama Semenanjung.
Masa satu hari dihabiskan di Hospital Kuala Lipis dan akhirnya mayat dibawa ke Hospital Kuantan untuk urusan bedah siasat dan laporan pakar forensik..Bergegaslah aku ke sana....dua hari di Kuantan...Namun semua hampa mayat tak dapat dikebumikan setelah sekian lama menunggu.......dah jadi kes polis dan siasatan ke atas 'rangka' mayat terpaksa lebih teliti & ujian DNA dijalankan..sehingga ke hari ini mayat masih disimpan di hospital Kuantan.. Alfatihah..sama-sama kita doakan rohnya dirahmati dan diampunkan segala dosanya..Amin.
Masa aku menulis ini sekarang berada di Kuching, Sarawak....minggu depan ke Langkawi....seterusnya Kota Bharu.....Johor Bharu...dan seterusnya........arhhhh letih. Itulah sebuah kehidupan yang patut dibayar selagi Hidup sebelum Mati...