Monday, December 8, 2008

Korban vs Pengorbanan

Baru semalam semua umat islam meraikan hari raya aidiladha ataupun raya korban.Alhamdulillah tahun ini dapat juga hajat aku untuk buat korban 1 bahagian buat arwah emak yang sudah meninggal dunia lebih 6 tahun lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT.AMIN.
Buat umat islam lain, kita masih ada masa lagi untuk buat ibadah korban pada 3 hari terakhir ini 11, 12 & 13 Zulhijjah...Apa yang ingin diceritakan disini, semalam di surat khabar utama macam-macam cerita berkaitan korban disiarkan. Aku pun tak faham. Kenapa Hari Raya Korban mesti dikaitkan dengan pengorbanan suami, isteri, polis, tentera waima pengorbanan artis turut disentuh. Mungkin 'KORBAN' yang dimaksudkan membawa sudut yang berbeza-beza. Adakah ia sekadar coretan yang ingin lari dari penceritaan yang sebenar di sebalik ibadah Korban itu? Pada aku, bagi mereka yang tidak mendalami hal ini akan mudah membuat tanggapan atau sebutan mainan seperti 'Aah aku mengambil kesempatan sempena aidiladha untuk berkorban dengan memakai tudung' ataupun menyiarkan cerita pengorbanan suami menjaga isteri ataupun sebaliknya. Pada aku pengorbanan yang dimaksudkan itu sememangnya satu tuntutan dan tanggungjawab yang mesti dilakukan dan tak perlu dikaitan dengan Ibadah Korban pada 10-13 zulhijjah ini. Hal ini akan mengikis minda anak-anak yang tidak mendalami ilmu agama secara langsung dan hikmah sebenar disebalik ibadat korban akan hilang disebabkan fahaman yang salah dan pemikiran moden.
Bagi aku, Hari Raya Korban adalah menjurus kepada hanya ibadah korban. Iaitu upacara penyembelihan binatang an'am (berkaki empat;Unta,Lembu, Kerbau,Kambing, Kibas, Biri2) yang mempunya hikmah dan nikmatnya yang tersendiri terutama dalam kita bersedekah dan menanamkan perasaan kasih sayang antara si kaya dengan si miskin. Walau pun hukum korban ini adalah sunnat muakkat tetapi bagi mereka yang mampu adalah digalakkan. Hadith rasullah SAW; 'Sesiapa yang mempunyai kelapangan, tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami'.
Memang benar, hikmah disebalik berkorban ini adalah sempena memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyahut perintah Allah SWT untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam. Dari peristiwa itu, ianya telah meninggalkan kesan sejarah buat kita semua untuk turut taat kepada yang maha Esa tanpa ada perasaan curiga,takut, tidak percaya, tidak kedekut dan sebagainya. Jadi marilah kita sama-sama renungkan untuk kebaikan generasi akan datang. Insya Allah..

No comments: