Wednesday, December 3, 2008

Hidup Sebelum Mati

Minggu yang paling meletihkan.....entahlah aku rasa tak ada ruang langsung untuk berlapang....masa itu emas.
Aktiviti yang tak dirancang selalunya muncul tanpa aku undang. Gitulah hidup kalau nak syer ruang hidup yang sibuk ini memang orang tak percaya. Tapi itulah realitinya. Realiti yang hari-hari aku tempoh dan perlu dibayar dengan harga sedetik masa....
Misalnya hujung minggu lepas penuh dengan program keluarga. Bukan merungut tapi cuba luahkan rasa penat lelah ini........Aku bergegas ke Kuala Lipis atas urusan yang amat dasyat dan mengejutkan....urusan kematian. Sepupu isteri aku dijumpai mati di ladang getah tinggal di Merapoh, Kuala Lipis Pahang. Dasyat....anggara siapa itu semua. "Mayat reput dijumpai" itulah antara coretan berita yang disiarkan dihampir semua akhbar utama Semenanjung.
Masa satu hari dihabiskan di Hospital Kuala Lipis dan akhirnya mayat dibawa ke Hospital Kuantan untuk urusan bedah siasat dan laporan pakar forensik..Bergegaslah aku ke sana....dua hari di Kuantan...Namun semua hampa mayat tak dapat dikebumikan setelah sekian lama menunggu.......dah jadi kes polis dan siasatan ke atas 'rangka' mayat terpaksa lebih teliti & ujian DNA dijalankan..sehingga ke hari ini mayat masih disimpan di hospital Kuantan.. Alfatihah..sama-sama kita doakan rohnya dirahmati dan diampunkan segala dosanya..Amin.
Masa aku menulis ini sekarang berada di Kuching, Sarawak....minggu depan ke Langkawi....seterusnya Kota Bharu.....Johor Bharu...dan seterusnya........arhhhh letih. Itulah sebuah kehidupan yang patut dibayar selagi Hidup sebelum Mati...

2 comments:

jagoan said...

al-fatihah buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya

Eh, mencabar apa kehidupan begitu. Saya suka kehidupan yang mencabar begitu. Kerana badan kita bergerak, otak kita ligat berfikir. Kita jadi proaktif.

"A savings without a mission is a rubbish!"

"A life without adventure is empty.."

Kepenatan anda Tuhan akan membalasnya. Hidup ini satu pengulangan...


Selamat Hari Raya Qurban.


.

papaabid said...

betul tu hidup satu perjuangan. Moralnya 'hargai masa lapang sebelum sampai masa sendat'. Selamat Hari Raya Qurban gak. Jemput datang rumah..