Wednesday, November 19, 2008

INGIN vs HAJAT

Entah...tiba-tiba aku fikir pasal 2 perkataan ni. Apa bezanya eik....Menurut kamus dewan, INGIN adalah berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat. Manakala HAJAT adalah Keinginan, Kehendak, Maksud, Niat, Tujuan.

Jadi, 2 perkataan ini yang mana satu lebih berat penggunaannya dan kesampaian maksud. Misalnya seperti ayat dibawah;

1. Saya Ingin berkahwin
2. Hajat saya untuk berkahwin

ayat biasa kita guna;
'Hajat saya ingin berkahwin....'
Jadi sah, kita memang suka gunakan perkataan sama dan berulang dalam satu pernyataan/perbualan/penulisan.

Di sini bukan itu saja isunya tapi yang penting adalah perkataan INGIN atau HAJAT yang patut aku gunakan dalam amalan harian atau berdoa....

Kebiasaanya apabila aku INGIN kan sesutu aku akan perolehi. Tapi, apabila aku HAJAT kan sesuatu tak kesampaian atau terkubur. Maca mana eik....bukan kah 2 perkataan itu membawa maksud yang hampir sama? Fikirkan....tengah fikir ni....

4 comments:

Blog K.A.M.I..... said...

aku rasa, utk ingin tidak perlu meletakkan sesuatu sbg tanda yg anda telah memenuhi keinginan...seolah2 tidak perlu berusaha keras...tetapi utk hajat, niat ditambah dgn 'tanda' yg anda telah memenuhi sesuatu hajat itu...cth: aku berhajat utk sedekah semua fakir miskin dikampung aku klu aku naik pangkat. SO, bagi aku HAJAT mempunyai taraf yang tinggi berbanding ingin.

papaabid said...

Masalahnya macam mana hajat nak kesampaian kerana tanpa usaha... Keinginan atau ingin ibarat 'angan-angan mat jenin' yang lama kelamaan akan jadi nyata....'untung nasib menjadi, untung sabut timbul'...

jagoan said...

INGIN adalah berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat.

Manakala HAJAT adalah Keinginan, Kehendak, Maksud, Niat, Tujuan.

Ini maksud INGIN & HAJAT yang anda rujuk di Kamus Dewan. Syabas, kerana rujuk Kamus Dewan. Ya, ia nampak sama, tapi sebenarnya tak serupa. Dalam konteksnya sendiri. Penggunaan ayat seharian mungkin kita sendiri keliru tetapi ia berbeza.

Ini pendapat saya, berdasarkan sekelumit pembacaan saya sajelah yang boleh dikongsi. Saya orang biasa je. Boleh ambil dan boleh buang jauh-jauh kalau mahu. Dan ada entri khusus saya mengenai perkara ini akan terbit minggu pertama bulan Disember ni. Saya sedang menulis akan perkara ini mengenai IMPIAN HIDUP.

Okey, kita mula dengan INGIN.
Ingin - Hasrat yang kuat untuk memiliki sesuatu. Duduknya jauh di sudut hati kita. Hati kecil. Cara nak letak, sebutkan saja di hati. Itu saja. Mudah kan?

Tapi, hasrat dan keinginan perlu ditolak dengan satu tindakan, satu usaha yang dibantu lagi dengan enam lagi mekanisme psikologi, iaitu kehendak (hajat), sasaran, kemahuan, azam, target dan cita-cita. Dalam bahasa mudah, terdetik je di hati, keinginan la tu.

HAJAT pula adalah kemahuan yang keras. Perlu dinayatakan dengan jelas dan tegas. Memerlukan satu mekanisme yang menerangkan maksud kita itu dengan menyuarakannya. Barang diingat, ia perlu dilontarkan untk pendengaran sendiri dan juga jga orang lain. Contoh: Anda menghajatkan sesuatu. Cakap hajat anda itu. Bukan simpan dalam hati saje. Contoh, "Sayang, boleh pinjam duit 5k nak beli sebiji rumah banglo yang satu lagi". Nampak tak, luahan itu jelas dan tegas. Walaupun perkataan hajat tak digunakan di sini. Tapi, ia adalah hajat anda yang sebenarnya.

Jadi, INGIN anda, duduk di hati kecil anda. Manakala, HAJAT anda, perlu dilontarkan dan diluahkan melalui suara anda. Jelas?
Dan dua perkara ini juga adalah dua tangga pertama untuk capai cita-cita / gagasan anda. Dan perlu disusuli dengan usaha dan tindakan yang mem'booster'kan diri anda.

Harap membantu anda.

papaabid said...

Terima kasih tuan atok kerana berikan penerangan yang jelas...Tu lah walaupun 'ingin' itu satu perkara bisu tetapi ianya yang membuahkan hasil kepada 'hajat'....Tak sabar nak baca entri 'IMPIAN HIDUP'