Monday, December 8, 2008

Korban vs Pengorbanan

Baru semalam semua umat islam meraikan hari raya aidiladha ataupun raya korban.Alhamdulillah tahun ini dapat juga hajat aku untuk buat korban 1 bahagian buat arwah emak yang sudah meninggal dunia lebih 6 tahun lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT.AMIN.
Buat umat islam lain, kita masih ada masa lagi untuk buat ibadah korban pada 3 hari terakhir ini 11, 12 & 13 Zulhijjah...Apa yang ingin diceritakan disini, semalam di surat khabar utama macam-macam cerita berkaitan korban disiarkan. Aku pun tak faham. Kenapa Hari Raya Korban mesti dikaitkan dengan pengorbanan suami, isteri, polis, tentera waima pengorbanan artis turut disentuh. Mungkin 'KORBAN' yang dimaksudkan membawa sudut yang berbeza-beza. Adakah ia sekadar coretan yang ingin lari dari penceritaan yang sebenar di sebalik ibadah Korban itu? Pada aku, bagi mereka yang tidak mendalami hal ini akan mudah membuat tanggapan atau sebutan mainan seperti 'Aah aku mengambil kesempatan sempena aidiladha untuk berkorban dengan memakai tudung' ataupun menyiarkan cerita pengorbanan suami menjaga isteri ataupun sebaliknya. Pada aku pengorbanan yang dimaksudkan itu sememangnya satu tuntutan dan tanggungjawab yang mesti dilakukan dan tak perlu dikaitan dengan Ibadah Korban pada 10-13 zulhijjah ini. Hal ini akan mengikis minda anak-anak yang tidak mendalami ilmu agama secara langsung dan hikmah sebenar disebalik ibadat korban akan hilang disebabkan fahaman yang salah dan pemikiran moden.
Bagi aku, Hari Raya Korban adalah menjurus kepada hanya ibadah korban. Iaitu upacara penyembelihan binatang an'am (berkaki empat;Unta,Lembu, Kerbau,Kambing, Kibas, Biri2) yang mempunya hikmah dan nikmatnya yang tersendiri terutama dalam kita bersedekah dan menanamkan perasaan kasih sayang antara si kaya dengan si miskin. Walau pun hukum korban ini adalah sunnat muakkat tetapi bagi mereka yang mampu adalah digalakkan. Hadith rasullah SAW; 'Sesiapa yang mempunyai kelapangan, tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami'.
Memang benar, hikmah disebalik berkorban ini adalah sempena memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyahut perintah Allah SWT untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam. Dari peristiwa itu, ianya telah meninggalkan kesan sejarah buat kita semua untuk turut taat kepada yang maha Esa tanpa ada perasaan curiga,takut, tidak percaya, tidak kedekut dan sebagainya. Jadi marilah kita sama-sama renungkan untuk kebaikan generasi akan datang. Insya Allah..

Sunday, December 7, 2008

Salam Aidiladha

Dikesempatan ini Saya dan Isteri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga Ibadah korban dapat dijalankan dengan sempurna buat semua umat islam dan kepada semua jemaah haji Malaysia semoga mendapat haji mabrur serta selamat pulang ke tanahair..

Sarawak







Minggu lepas saya berkesempatan ke Kuching, Sarawak atas urusan rasmi. 5 hari di sana terasa begitu lama. Mungkin teringatkan orang tersayang di Semenanjung...Ehem..Selepas penat otak bermeeting kami dibawa lawatan ke sekitar bandar Kuching.Memang menarik...sebabnya susah betul nak kenal suku kaum bangsa yang kita jumpa di bandar ni. Sama ada mereka itu kaum Iban, Bidayuh, Melanau, Penan, Cina waima Melayu...Sebab features mereka hampir sama...putih dan bermata sepet (mungkin tak semua kot).
Kalau berkunjung ke Sarawak, jangan lupa ke Pasar Satok, Muzium Kuching, Bazaar Waterfront dan Kampung Budaya itu antara tempat yang menarik. Tapi dari segi makanan pula boleh try Mee Kolok, Mee Sapi, Laksa Sarawak, Nasi Ayam Penyek, Kek Lapis, Tabaloi ataupun Gambir Sarawak (Confuse ini kategori makanan ke?). Cenderahati pula bolehlah bawa pulang kain pua, t-shirt, tikar sarawak dan macam-macam lagi...
Jom pi Sarawak...

Wednesday, December 3, 2008

Hidup Sebelum Mati

Minggu yang paling meletihkan.....entahlah aku rasa tak ada ruang langsung untuk berlapang....masa itu emas.
Aktiviti yang tak dirancang selalunya muncul tanpa aku undang. Gitulah hidup kalau nak syer ruang hidup yang sibuk ini memang orang tak percaya. Tapi itulah realitinya. Realiti yang hari-hari aku tempoh dan perlu dibayar dengan harga sedetik masa....
Misalnya hujung minggu lepas penuh dengan program keluarga. Bukan merungut tapi cuba luahkan rasa penat lelah ini........Aku bergegas ke Kuala Lipis atas urusan yang amat dasyat dan mengejutkan....urusan kematian. Sepupu isteri aku dijumpai mati di ladang getah tinggal di Merapoh, Kuala Lipis Pahang. Dasyat....anggara siapa itu semua. "Mayat reput dijumpai" itulah antara coretan berita yang disiarkan dihampir semua akhbar utama Semenanjung.
Masa satu hari dihabiskan di Hospital Kuala Lipis dan akhirnya mayat dibawa ke Hospital Kuantan untuk urusan bedah siasat dan laporan pakar forensik..Bergegaslah aku ke sana....dua hari di Kuantan...Namun semua hampa mayat tak dapat dikebumikan setelah sekian lama menunggu.......dah jadi kes polis dan siasatan ke atas 'rangka' mayat terpaksa lebih teliti & ujian DNA dijalankan..sehingga ke hari ini mayat masih disimpan di hospital Kuantan.. Alfatihah..sama-sama kita doakan rohnya dirahmati dan diampunkan segala dosanya..Amin.
Masa aku menulis ini sekarang berada di Kuching, Sarawak....minggu depan ke Langkawi....seterusnya Kota Bharu.....Johor Bharu...dan seterusnya........arhhhh letih. Itulah sebuah kehidupan yang patut dibayar selagi Hidup sebelum Mati...

Wednesday, November 19, 2008

INGIN vs HAJAT

Entah...tiba-tiba aku fikir pasal 2 perkataan ni. Apa bezanya eik....Menurut kamus dewan, INGIN adalah berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat. Manakala HAJAT adalah Keinginan, Kehendak, Maksud, Niat, Tujuan.

Jadi, 2 perkataan ini yang mana satu lebih berat penggunaannya dan kesampaian maksud. Misalnya seperti ayat dibawah;

1. Saya Ingin berkahwin
2. Hajat saya untuk berkahwin

ayat biasa kita guna;
'Hajat saya ingin berkahwin....'
Jadi sah, kita memang suka gunakan perkataan sama dan berulang dalam satu pernyataan/perbualan/penulisan.

Di sini bukan itu saja isunya tapi yang penting adalah perkataan INGIN atau HAJAT yang patut aku gunakan dalam amalan harian atau berdoa....

Kebiasaanya apabila aku INGIN kan sesutu aku akan perolehi. Tapi, apabila aku HAJAT kan sesuatu tak kesampaian atau terkubur. Maca mana eik....bukan kah 2 perkataan itu membawa maksud yang hampir sama? Fikirkan....tengah fikir ni....

Tuesday, November 18, 2008

MPs@Dewan Rakyat

Isnin lalu saya duti parlimen, Dewan Rakyat. Biasalah bila duduk di post federal ni selalulah kena dihantar ke tempat-tempat macam ni.

Bagus juga....seronok dapat lihat gelagat MPs yang semakin hari semakin panas berbahas. Mereka umpama kanak-kanak yang memulakan persekolahan. Seperti biasa tepat jam 10pagi loceng dibunyikan. Bergegaslah semua hamba Allah yang ada dipelusok parlimen masuk ke dewan untuk memulakan pergulungan/perbahasan atau yang bertugas seperti saya.

Persidangan bermula....seperti biasa dimulakan dengan jawapan lisan. Kalau ikutkan dalam edaran mesyuarat terdapat 31 soalan yang perlu dijawab oleh Menteri / Timbalan Menteri berkenaan. Dari situ, setiap kali jawapan dibaca pelbagai gelagat MPs dilihat. Ada yang tak senang duduk sebab sibuk bangun hendak bertanya dan ada yang riuh rendah dibelakang seperti pasar, menyampuk dan sebagainya....inikah yang diamalkan di dewan yang mulia ini? akhirnya hanya 9 soalan sahaja yang dijawab.......

Saya terfikir...sikap mereka umpama kanak-kanak sekolah. Ada kalanya soalan yang ditanya tak patut tanya....dan yang akhirnya memalukan diri sendiri....

Inikah yang dicerminkan sebagai wakil rakyat....rakyat yang memilih bukan terpilih...
Inikah sikap mereka....hanya datang untuk 1/2 jam duduk bising-bising dan keluar dewan belum sampai masanya......alasan sibuk ada urusan rasmi dan sebagainya
atau
Inikah MPs yang punyai kepentingan diri dan hanya ingin pangkat dan nama tapi tiada pejuangan sejati....layak mendapat elaun kehadiran parlimen walau hanya 1/2 jam duduk tanpa berbuat apa-apa.....

Yang penting adalah rakyat yang memilih.....kita yang memilih....fikir-fikirkan calon anda dimasa akan datang


Saturday, November 15, 2008

Titipan Umrah Ku 2

Depan Kaabah
Lautan manusia
Jabal Uhud