Tuesday, November 18, 2008

MPs@Dewan Rakyat

Isnin lalu saya duti parlimen, Dewan Rakyat. Biasalah bila duduk di post federal ni selalulah kena dihantar ke tempat-tempat macam ni.

Bagus juga....seronok dapat lihat gelagat MPs yang semakin hari semakin panas berbahas. Mereka umpama kanak-kanak yang memulakan persekolahan. Seperti biasa tepat jam 10pagi loceng dibunyikan. Bergegaslah semua hamba Allah yang ada dipelusok parlimen masuk ke dewan untuk memulakan pergulungan/perbahasan atau yang bertugas seperti saya.

Persidangan bermula....seperti biasa dimulakan dengan jawapan lisan. Kalau ikutkan dalam edaran mesyuarat terdapat 31 soalan yang perlu dijawab oleh Menteri / Timbalan Menteri berkenaan. Dari situ, setiap kali jawapan dibaca pelbagai gelagat MPs dilihat. Ada yang tak senang duduk sebab sibuk bangun hendak bertanya dan ada yang riuh rendah dibelakang seperti pasar, menyampuk dan sebagainya....inikah yang diamalkan di dewan yang mulia ini? akhirnya hanya 9 soalan sahaja yang dijawab.......

Saya terfikir...sikap mereka umpama kanak-kanak sekolah. Ada kalanya soalan yang ditanya tak patut tanya....dan yang akhirnya memalukan diri sendiri....

Inikah yang dicerminkan sebagai wakil rakyat....rakyat yang memilih bukan terpilih...
Inikah sikap mereka....hanya datang untuk 1/2 jam duduk bising-bising dan keluar dewan belum sampai masanya......alasan sibuk ada urusan rasmi dan sebagainya
atau
Inikah MPs yang punyai kepentingan diri dan hanya ingin pangkat dan nama tapi tiada pejuangan sejati....layak mendapat elaun kehadiran parlimen walau hanya 1/2 jam duduk tanpa berbuat apa-apa.....

Yang penting adalah rakyat yang memilih.....kita yang memilih....fikir-fikirkan calon anda dimasa akan datang


2 comments:

Blog K.A.M.I..... said...

kadang2 aku rasa meluat jgk tgk..tpi kesian lebih..sbb puak2 ni akan awal dipertimbangkan "go to hell"..perghhhh..jgn aku kena ISA dah..

jagoan said...

Takpe. Barangkali di Dewan Rakyat mereka lepas. Tapi ingat, di padang sana persidangannya lagi BESAR.

Awas mereka. Allah Maha Mengetahui kan kan kan.