Saturday, November 15, 2008

Titipan Umrah Ku

Salam. Sebenarnya dah lama nak kongsi cerita Umrah ini. Bukan tujuan untuk bermegah-megah tapi teruja berkongsi pengalaman yang cukup indah dan sukar digambarkan. Akhirnya dengan ada sedikit rezeki hajat kami ke sana di makbulkan Allah.Ikuti catatan perjalanan.....
KLIA
28/4/08 : Bergegas aku & wife ke KLIA. Jam dah menunjukkan pukul 12.30 tengahari tapi kami tak sampai lagi ke airport. Kalau ikutkan Gombak tak lah jauh pun mungkin banyak sangat dengar pesanan sampaikan kereta dipandu perlahan. Telefon bimbit aku dah berbunyi. Sah, mesti wakil travel agent telefon....kita orang on the way dah nak dekat sampai. Gitulah jawabku. Setiba di KLIA aku terus capai beg yang besar. Penerbangan ke Madinah jam 3.00 petang pesawat Saudi Air SV833. Selepas taklimat ringkas aku & wife bersalaman dengan saudara yang hadir. Tak ramai pun cuma keluarga mertua; Mama, Papa, Amir & Aizat dan Wakil keluarga aku; Kak Miah, Abg Mizi, Irsyad,Iqmal, Adik, Farhan & si comel Fahim. Air mata mereka bercucuran....termasuk aku. Harapan & doa beserta linangan air mata aku tinggalkan semua. Selamat menaiki pesawat.

Madinah
29/4/2008: Sampailah kami ke Madinah yang penerbangannya mengambil masa 12 jam. Jam 9.00 malam waktu tempatan (malaysia pukul 2 pagi). Kami terus ke hotel dengan pengangkutan yang disediakan bersama rombongan warga tua yang lain sebab kami je pasangan muda. Aku dah tiba di Kota Madinah. Suasana malamnya sungguh meriah... meriah dengan sana-sini umat menutup aurat dan bergegas pulang dari rumah Allah selepas Isyak. Menginap lah kami di hotel Al Fayroz yang bersebelahan dengan masjid nabi; Masjid Nabawi. Tenang & Lapang aku rasa. Hati teruja tak sabar-sabar menunggu waktu subuh dan solat di rumah Allah tempat bersemadinya jasad rasullah Nabi Muhammad SAW.....Jam 3 pagi Aku & Wife telah suci kan diri bersiap menghadap yang maha esa. Subuh di sana pukul 4.30 pagi. Kalau lambat nanti kena duduk belakang. Hati aku berbunga-bunga semasa berjalan menunju ke Masjid Nabawi...Ya Allah Aku Bersyukur Kepada Mu...Akhirnya dapatlah Aku Menjejakkan kaki ke sini. Sukar digambarkan betapa hebatnya dan nikmatnya apabila di depan mata adalah Masjid Nabawi...aaaahh tenang..masyaAllah. Kaki aku melangkah besar macam tidak pijak di bumi. Terpisahlah aku dan isteri kerana lelaki & perempuan berlainan pintu masuk. Masing-masing bawa diri....Aku terus ke hadapan saf. Mencari ruang Raudhah untuk bersolat jemaah. Kerana disitulah solat & doa mustajab tempat masjid asal yang di bina dan kawasan laman rumah nabi...
Selepas solat dan melakukan ibadah yang sepatutnya aku meninggalkan masjid dan janji bertemu isteri di pintu masuk tadi. Sampai di situ, isteri aku setia menunggu dengan air muka yang tenang & lapang...kami berpimpin tangan meninggalkan masjid dan pulang ke hotel...

Madinah
30/4/2008: Aktiviti ibadah kami berjalan seperti biasa. Sembahyang lima waktu di masjid, solat sunat & membaca Al-Quran begitulah rutin di sana. Hal dunia dilupakan. Ya Allah alangkah baiknya kalau ini menjadi amalan umatMu...
Hari ini kami di bawa ziarah ke tempat-tempat sejarah kenabian dan pejuang syahadah; perkuburan Baqi, Jabal Uhud, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh & Pasar Kurma.Sempatlah kami beli buah tangan untuk kaum keluarga dan sahabat. Kami berkenalan dengan ramai orang...orang arab di sana baik-baik sehingga akupun disangkakan kaumnya...
rombongan kami tidak seramai mana cuma 25 orang sahaja. Jadi dah macam keluarga....Masing-masing semua tahu tujuan kami mengerjakan Umrah tanpa kami beritahu...pelikkan...

Madinah - Mekah
1/5/2008 : Hari ini hati aku berdebar-debar sejak dari subuh lagi...mungkin macam-macam difikirkan....suka, sedih,hiba dan sebagainya. Kami berkemas dan akan meninggalkan kota madinah yang aman dan tenang ini. Selepas solat subuh rombongan kami akan bertolak ke Mekah untuk mengerjakan ibadah Umrah. Sebelum tu, kami di suruh mengerjakan solat sunnat tawaf wida' iaitu tanda meninggalkan kota madinah....Kami bersiap dengan pakaian Ihram masing-masing selepas mandi sunat dan memakai sedikit bau-bauan. Firts time pakai Ihram. Rombongan jemaah Wajib niat Umrah di Bir Ali iaitu kawasan yang khusus jemaah dari madinah bermiqat sebelum masuk ke Mekah.Rukun ini wajib dilakukan.Apabila sudah berniat ihram para jemaah ditegah daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan niat Ihram. Alhamdulillah semua perkara tersebut kami jaga dan akhirnya rombongan kami selamat sampai ke Kota Mekah pada pukul 9.00 malam selepas 5 jam perjalanan menaiki bas dari Madinah.

Kami sampai tepat pada waktunya...malam jumaaat dan terus check in di hotel Soudari Palace tanpa menanggalkan Ihram. Rukum Umrah bermula....kami mula menjejakkan kaki tepat jam 10 malam ke Masjidilharam bersama mutawiff dan rombongan lain... Ya Allah akhirnya aku menemuiMu.....Aku masuk bersama isteri. MasyaAllah....betapa agungnya....tak terkata apabila perlahan-lahan kami berjalan menuju ke Kaabah melalui ruang masjid ......Kaabah sudah di depan mata.....Aktiviti ibadah bermula. Aku & Wife berpegangan tangan melakukan Tawwaf sambil menurut di belakang mutawif. Namun kami terpisah....aku & wife lengkap melakukan 7 pusingan secara berasingan tanpa rombongan kami. Kami terus ke depan Multazam (Pintu Kaabah ) menadah tangan dan berdoa, solat di depan Makam Nabi Musa dan solat sunat di Hijir Ismail yang semuanya dalam lingkungan Kaabah. Amat mustajjab berdoa disini. Hajat di hati ingin kucup Hajjarul Aswad tetapi tak kesampaian kerana lautan manusia begitu ramai sambil menolak-nolak sehingga kami hampir terpisah. SubhanAllah...

Aku&Wife membasahkan tekak dengan meminum air zam-zam yang memenuhi setiap ruang masjidilharam...Seterusnya kami lakukan rukun Saie (berlari-lari anak dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali) pada pukul 1 pagi. Kami mencari pintu masuk ke situ. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan....walaupun keadaan amat kelam kabut sehingga pakaian ihram aku hampir tertanggal dek berasak-asak oleh pelbagai kaum di dunia namun satu agama dan satu tujuan. Tempat bersaie dalam proses ubah suai....Alhamdulillah selesai saie maka tamatlah rukun Umrah yang disudahi dengan bertahallul (memotong anak rambut diubun-ubun; Lelaki disunatkan membuang ke semua rambutnya, Wanita; memadai memotong dibelakang hujung rambut berukutan 1 Inci). Selesai ibadah umrah kami pada pukul 3 pagi. Segala urusan dipermudahkan tanpa sebarang masalah...Syukur Alhamdulillah.

Mekah
2/5/2008 : Ibadat diteruskan seperti biasa; Solat Wajib, Baca Al-Quran,Banyakkan Solat Sunnat dan Tawwaf Sunnat (7 pusingan kaabah).


Mekah
3/5/2008 : Aktiviti Ziarah di Mekah diteruskan. Kami di bawa mengunjungi Jabal Thur, Padang Arah, Mudzalifah, Mina dan Ja'aranah. Selepas ziarah, aku&wife ambil kesempatan melakukan ibadat umrah kali kedua. Tapi bukan untuk kami tapi Arwah Ibuku......berniat umrah di Ja'aranah iaitu kawasan bermiqat apabilah jemaah telah tiba di Mekah. Rutin ibadahnya seperti biasa..cuma umrah kali ini dilakukan siang hari. Suhu Melebihi 40 darjah. Bayangkan....Alhamdulillah segalanya selesai dengan mudah.


Mekah
4/5/2008: Ibadat diteruskan seperti biasa; Solat Wajib, Baca Al-Quran,Banyakkan Solat Sunnat dan Tawwaf Sunnat (7 pusingan kaabah).

Mekah
5/5/2008: Ibadat diteruskan seperti biasa; Solat Wajib, Baca Al-Quran,Banyakkan Solat Sunnat dan Tawwaf Sunnat (7 pusingan kaabah).

Mekah
6/5/2008: Ibadat diteruskan seperti biasa; Solat Wajib, Baca Al-Quran,Banyakkan Solat Sunnat dan Tawwaf Sunnat (7 pusingan kaabah).Namun hari ini amat isteimewa..3 perkara Allah berikan kepada aku.
Pertama; Aku telah Khatam Al-Quran. Tak terfikir dalam tempoh berada disana aku boleh habis membaca sebuah Al-Quran syukur Alhamdulillah...
Kedua : Aku dapat mengucup Hajaratul Aswad dengan mudah tanpa halangan....
Ketiga: Allah beri petunjuk antara aku & isteriku di depan Kaabah..(Tak perlu diceritakan biarlah petunjuk ini aku simpan seumur hidup)... Ya Allah Nikmatnya Hidup.....

Mekah-Jeddah
7/5/2008 : Perjalanan Pulang ke Malaysia. Madinah ke Jeddah mengambil masa 3 jam menaiki bas ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah. Rombongan kami meninggalkan Kota Suci Mekah selapas melakukan Tawaf Wida' (Tawaf Selamat Tinggal). Penerbangan Jeddah-Kuala Lumpur pada pukul 9.45 malam waktu tempatan dengan menaiki pesawat Saudi Airlines SV838.

Kuala Lumpur
8/5/2008 : Selamat tiba di KLIA jam 1 petang.Dijemput oleh Mama, Aizat, Harith & Jijit. Terus pulang ke Goombak.


Itulah antara catatan perjalanan Umrah kami. Jadikan ia sebagai pendorong dan pembakar semangat untuk kalian ke Sana. Insya Allah...

2 comments:

jagoan said...

Alangkah gumbira hati kita bila maksud impian kita tercapai. Ya, dari pengalaman penulis saya membayangkan betapa hebatnya dan hikmahnya apabila kita berada di Tanah Haram.

Saya juga menharapkan penulis untuk mendoakan rakan-rakan penulis sama.

Alhamdulillah, setidak-tidaknya saya boleh belajar dari pengalaman ini. Pengalaman yang tak boleh diterjemahkan dengan kata-kata.

Subhanallah!

Satu hari juga, insyaAllah saya akan ke sana jua.


.

papaabid said...

Kita sentiasa doakan yang baik-baik. Tapi ada kalanya hajat kita masih tak kesampaian. Sabar itu separuh dari iman. Oleh itu banyakkan bersabar dan doa pasti ketemui apa yang diimpikan